Thursday 22 September 2011

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi

 
Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) Sebenarnya permasalah ini terlalu kompleks untuk di uraikan, tetapi faktor penyebabnya ialah tindakbalas tidak normal dalam salur darah menyebabkan tekanan meningkat dari kadar biasa. Peningkatan tekanan dari kadar normal akan menyebabkan kerosakan pada organ dan juga pemendapan plak kolestrol pada salur darah.
Bacaan Tekanan darah - Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Penghidap hipertensi kebiasaannya berasa sihat:- Hipertensi

Hipertensi selalunya tidak dapat menghasilkan apa-apa simptom kerana organ pada badan menolak tekanan darah tinggi untuk begitu lama. Oleh itu amatlah penting untuk selalu membuat pemeriksaan perubatan untuk memastikan tekanan darah anda tidak naik sehingga anda umur anda meningkat.
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut :
  • serangan jantung
  • angin ahmar
  • kegagalan jantung
  • kerosakan buah pinggang
Cara Hidup mempengaruhi hipertensi : - Hipertensi

Banyak punca menyumbang kepada tekanan darah tinggi jenis ini, termasuk faktor persekitaran seperti:
  • Sejarah keluarga yang menghidap tekanan darah tinggi.
  • Pemakanan tidak seimbang dan banyak garam (natrium).
  • Banyak minum minuman keras.
  • Gaya hidup tidak aktif dan kurang bergerak.
  • Kurang senaman.
  • Tekanan.
  • Merokok.
Kesan tekanan darah tinggi pada arteri akan menjadi teruk dengan:
* Menghisap rokok
* makanan berlemak tepu
* kolesterol darah yang tinggi
* Diabetes
Reaksi kepada beberapa jenis tekanan mungkin berkesan kepada kedua-dua tekanan darah dan berubah di dalam arteri.

No comments:

Post a Comment