Tuesday 20 September 2011

5 kesalahan yang selalu dilakukan oleh orang yang ingin berjimat


Membaiki sendiri- Kadang-kadang tidaklah terlalu mahal sekiranya anda mengupah seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang seperti membaiki rumah, kereta dan sebagainya. Selain menjimatkan masa dan tenaga, ia juga membantu kita untuk mendapatkan harga yang tetap untuk sesuatu pembaikan itu. Sekiranya anda membaiki sendiri dikhuatiri kos tambahan akan melebihi daripada kos asal kerana seseorang yang tidak mahir di dalam sesuatu bidang itu pasti akan membuat banyak kesalahan. Ia bukan sahaja membazirkan masa dan tenaga, berkemungkinan juga akan melebihi daripada bayaran sekiranya mengupah professional.
Membeli secara pukal- Memang tidak dinafikan sekiranya anda membeli secara pukal lebih jimat berbanding per unit. Tetapi pastikan anda seorang penjual barulah anda membuat pembelian secara pukal. Sekiranya anda membeli secara pukal hanya untuk berjimat semestinya anda salah. Sesuatu barangan pasti mempunyai tarikh luput. Berapa lamakah yang anda mampu untuk menghabiskan sesuatu barang itu. Barang yang disimpan lama juga akan mengurangkan khasiatnya dan secara tidak langsung akan mempengaruhi kesihatan anda.
Diskaun- Anda perlu tahu apakah tujuan utama diskaun itu dilakukan. Ia hanyalah untuk  mempengaruhi anda untuk berbelanja dengan lebih. Memang anda boleh berjimat sekiranya membeli ketika promosi sedang dijalankan. Tetapi haruskah anda membeli kesemua barangan di pasar raya itu untuk berjimat? Adakah anda menggunakan kesemua barangan yang berada di pasar raya untuk keperluan harian. Pastikan berbelanja hanya mengikut keperluan ketika promosi jualan sedang dilakukan. Sekiranya anda membeli pelbagai barangan hanya untuk berjimat tetapi akhirnya barangan itu tidak digunakan, ia hanyalah satu pembaziran.
Makanan segera- Benarkah makanan segera boleh untuk menjimatkan perbelanjaan? Dalam jangka masa pendek mungkin ya, tetapi dalam jangka masa panjang pastinya tidak. Ini kerana makanan segera tidak mempunyai khasiat yang tubuh badan anda perlukan. Anda akan mudah untuk di jangkiti penyakit sekiranya selalu mengamalkan pemakanan segera. Dan pastinya kos kesihatan anda akan lebih meningkat daripada penjimatan yang anda cuba lakukan. Anda harus bijak dalam memperuntukkan perbelanjaan makanan harian. Pastikan anda mendapatkan khasiat yang secukupnya kerana ia secara tidak langsung akan menjimatkan kos kesihatan anda.
Pengangkutan- Dengan pelbagai tawaran promosi jualan yang dilakukan, ia mampu untuk mempengaruhi orang ramai untuk datang ke sesuatu tempat hanya untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Ianya mungkin menguntungkan. Tetapi adakah ia juga berbaloi dengan masa, tenaga, dan kos pengangkutan yang telah diperuntukkan. Sekiranya setelah dicampur dengan kos pengangkutan dan harganya masih sama ditempat anda, buatlah pembelian di tempat anda kerana ia akan menjimatkan masa dan tenaga.

No comments:

Post a Comment