Tuesday 20 September 2011

Mencegah lebih baik dari mengubati Artikel B

Pencegahan Penyakit Jantung dan Strok

Kontinum Pencegahan

Penyesuaian dari Healthlink 2005.

Faktor Risiko CVD: Pencegahan yang berpotensi besar


Faktor yang menjadi risiko untuk penyakit arteri koronari

  • Darah Tinggi.
  • Merokok
  • Kegemukan (indeks jisim badan≥30 kg/m2).
  • Kurang aktif.
  • Tahap Kolesterol yang tinggi
  • Kencing manis.
  • Mikroalbuminuria atau dianggarkan GFR <>
  • Sejarah keluarga mengidap penyakit arteri koronari

Pencegahan Penyakit Jantung

Penyakit jantung adalah punca utama kematian dan kecacatan.
Risiko penyakit jantung meningkat dengan peningkatan umur.
Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang anda mendapatkan penyakit jantung:-
  • Mengawal tekanan darah.
  • Selalu bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Jalankan pemeriksaan kencing manis dan jika anda dijangkiti, ia mesti dibawah kawalan.
  • Periksa tahap kolesterol dan trigliserida anda dan ia mesti dibawah kawalan.
  • Makan makanan yang berserat (sayur dan buah-buahan).
  • Kekalkan berat badan yang sihat.

Pencegahan Strok

  • Tekanan darah - menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali, sekiranya ia meningkat, anda mesti mengikuti nasihat doktor supaya ia dapat terkawal. • Periksa samada anda mempunyai artril fibrilasi, dimana ia mengalakkan pembekuan darah yang dapat menyebabkan penyakit strok.
  • Berhenti merokok.
  • Jika anda minum alkohol, minum dalam kuantiti yang sederhana.
  • Periksa samada anda mempunyai kolesterol yang tinggi.
  • Kencing Manis - ikuti nasihat doktor supaya ia dapat terkawal.
  • Selalu bersenam.
  • Makan makanan yang kurang garam and lemak.
  • Tanya doktor anda samada anda mempunyai masalah pengedaran yang boleh meningkatkan risiko strok.
  • Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda strok seperti merasa lemah di bahagian muka atau anggota badan, pandangan yang kabur, pening atau sakit kepala yang teruk.
(ini adalah artikel kesihatan untuk pengetahuan umum dan tidak ada kena-mengena dengan fungsi Dr. Health 9000, kami tidak membuat 'claim' atas fungsi, faedah atau keberkesanan dengan apa-apa penyakit atas mesin Dr. Health 9000)

No comments:

Post a Comment