Kencing manis ini juga terbahagi kepada beberapa kategori, Antara kategori itu ialah:-:
Diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent)
- Di kenali sebagai kencing manis peringkat remaja kerana ianya di hidapi oleh golongan yang lebih muda antara 10-16 tahun.
- Biasanya penghidap tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes dan terjadi dengan begitu cepat.
- Pesakit juga akan mengalami tanda atau gejala yang serius.
Kita perlu menerima suntikan insulin dengan teratur bagi mengelak diri daripada maut sekiranya kita tidak mengambil suntikan insulin. Ini kerana penguraian sumber tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones. Ketones merupakan asid molekul yang boleh menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel berfungsi. Sel beta kelenjar pankreas merupakan satu-satunya sel yang menghasilkan insulin untuk proses penghadaman glukos kepada tenaga. Apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel ini maka penghidap boleh menemui maut.
Golongan yang berisiko mendapat kencing manis jenis ini ialah:
- Serangan imunisasi sendiri
- Genetik
- Alam sekeliling.
Diabetes bebas insulin
- Di kenali sebagai kencing manis peringkat permulaan dewasa kerana ianya terjadi pada peringkat umur 35 tahun keatas.
- Biasanya penghidap mempunyai sejarah keluarga yang juga penghidap diabetes.
- Terjadi secara perlahan-lahan di sebabkan insulin yang di hasilkan oleh badan tidak mencukupi menyebabkan glukosa dalam darah meningkat.
Kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila sel kelenjar pankreas gagal menampung kadar insulin yang di perlukan oleh badan. Faktor-faktor lain ialah:-
- usia lanjut,
- gemuk,
- terencat ketahanan glukos,
- keturunan dan bangsa (genetik) dan kurang bersenam.
TANDA - TANDA AWAL DAN GEJALA |
- Kerap membuang air kecil
- Sering dahaga/haus
- Penglihatan menjadi kabur
- Berat badan menurun/ kurang selera makan
- Penyembuhan luka yang sangat perlahan
No comments:
Post a Comment