Menurunkan berat badan- Berlari merupakan cara yang sangat efisien untuk membakar kalori dan menurunkan berat badan. Sekiranya berat badan anda sudah berada dalam keadaan yang sihat, dengan berlari juga dapat membantu untuk mengekalkannya. Tetapi, jangan rasakan apabila anda sudah berlari, anda boleh untuk makan apa sahaja yang anda inginkan. Peraturan asas penurunan berat badan adalah anda perlu membakar kalori lebih daripada yang anda ambil.
Melepaskan tekanan- Berlari merupakan satu bentuk latihan untuk anda mengawal tekanan yang sedang dihadapi. Kajian telah menunjukkan bahawa orang dewasa sihat yang bersenam secara teratur umumnya lebih gembira daripada mereka yang tidak melakukan senaman
Meningkatkan tenaga- Dalam melakukan aktiviti seharian, pasti banyak tenaga yang perlu digunakan. Dengan berlari dapat membantu untuk memberikan anda lebih tenaga untuk melakukan sesuatu tugasan itu dengan lebih efektif.
Latihan minda- Berlari bukan sahaja berfaedah untuk tubuh badan sahaja, tetapi ia juga merupakan sebagai latihan minda. Hasil kajian menunjukkan bahawa seorang yang berlari akan lebih fokus dan berdisiplin terhadap tugasan yang mereka lakukan. Selain daripada itu, ianya juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan seseorang.
No comments:
Post a Comment