Thursday, 22 September 2011

Mesin Terapi Elektrostatik DR HEALTH 9000







DR HEALTH 9000

Mesin Terapi Medan Elektrik

SPESIFIKASI:

Brand : DR HEALTH 9000
Model : MF-NA-2308




Fungsi :


• High Potential : 1500V, 3500V, 5000V, 9000V (4 Waves)
• Negative Potential : -1500V, -3500V, -5000V, -9000V (4 Waves)
• Sleep Field : 1500V, Treatment for Sleep (terapi tidur)
• Light Wave Energy @ Optical Therapy : 72,000Hz
• Partial Treatment using Electric Pen/Roller for local pains.

              *Magic Pen Accupunture

              *Magic Pen Roller Type


Operating Time Setting : 30 min - 6 hours
Dimensions : 25 x 25 x 50 (host)
Dimensons : 33 x 29 x 56 cm (packing box)

Waranti              :  5 tahun
Liabiliti Produk:  RM2 juta

EKSESORI



2 Energy cusion (sitting pad) - 2 Pad Duduk


1 Sleep energy cusion (sleeping pad) - 1 Pad Tidur


1 Two function magic pen : roller dan accupunture - alat akupuntur bentuk bebola dan 'roller'

2 Plastik penebat tapak kaki

1 Tester - penguji gelombang.


Harga jualan: RM7,200


KAEDAH PEMBELIAN:

1. TUNAI
2. KAD KREDIT (Caj tambahan RM200 bagi pembelian melalui kad kredit)**

** tertakluk pada terma & syarat

PENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA.



***************************************************************



Cadangan penggunaan:

Pagi: Gunakan terapi 'high potential' 30 minit,  diikuti terapi 'lightwave' 30 minit
Pilih voltan mengikut kesesuaian tubuh: 3500V , 5000V , 9000V (high potential)

Petang: Gunakan terapi 'high potential' 30 - 60 minit. (maksimum 2 jam)
Pilih voltan mengikut kesesuaian tubuh: 3500V, 5000V , 9000V (high potential)

Malam: Gunakan terapi 'negative potential 30 - 60 minit. (maksimum 2 jam)
Pilih voltan mengikut kesesuaian tubuh: -3500V , -5000V , -9000V (negative potential)

Tidur Malam: Gunakan terapi 'sleep field'  1 jam - 4 jam ( maksimum 6 jam)



HUBUNGI FAHMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN:

Ahmad Fahmi 017-3737294



Bagaimana untuk menggunakan mesin terapi DR HEALTH 9000.



Sila ikut arahan dan gunakan mesin terapi seperti dinyatakan di bawah:


1. Letakkan mesin terapi Dr Health 9000 di atas permukaan yang rata (cth: atas meja plastik atau kayu), jauhkan dari peralatan besi. Anda boleh letak mesin samada di dalam bilik tidur atau ruang tamu. Sambungkan kabel pad duduk ke lubang ' output - high potential ' di bahagian hadapan sebelah kiri mesin terapi.


2. Letakkan pad duduk diatas kerusi plastik atau kayu dan pastikan kabel tidak bersentuh di permukaan lantai. Kerusi plastik adalah yang terbaik. (Jangan gunakan kerusi berasaskan buluh atau rotan kerana lembapan didalam bahan tersebut akan menyebabkan berlaku kebocoran medan elektrostatik dan rawatan menjadi kurang efektif.


3. Letakkan penebat (Plastik) di atas lantai bahagian hadapan kerusi. Duduk di atas pad duduk dan pijak di atas plastik penebat dan seterusnya hidupkan mesin terapi.


4. Kanak-kanak boleh menjalani terapi dengan duduk diatas riba anda.


5. Kekerapan rawatan ialah 3 hingga 5 kali sehari dengan 30 minit setiap sessi terapi.


6. Selepas menjalani terapi, pastikan suis mesin terapi dan suis plug di dinding ditutup. (elakkan penggunaan mesin terapi ketika kilat atau petir ).


Nota: Sekiranya anda tidak mengidap sebarang penyakit, anda digalakkan melakukan terapi sekali sehari atau 2 kali seminggu sebagai langkah pencegahan dan penjagaan kesihatan.




Langkah untuk memastikan mesin terapi Dr Health 9000 berfungsi dengan baik:


1. Hidupkan mesin terapi dan lekapkan tapak tangan di atas pad duduk dan pastikan anda merasai getaran medan elektrostatik.


2. Letakkan cebisan-cebisan kecil kertas di atas pad duduk, hidupkan mesin terapi dan rapatkan tapak tangan ke atas cebisan-cebisan kecil kertas tadi. Cebisan kecil kertas akan terangkat dan melekat ke tapak tangan anda.


Sekiranya anda dapat merasai getaran medan elektrostatik di atas pad duduk atau cebisan kertas terangkat ke arah tapak tangan anda, mesin terapi sedang berjalan dengan baik.






TERAPI MEDAN ELEKTRIK MUDAH, MURAH DAN BERKESAN

Kolesterol Darah Yang Tinggi (hypercholesterolemia)


Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi boleh menganggu kesihatan jantung manusia. Kolesterol terdiri daripada 2 jenis iaitu kolesterol
HDL dan kolesterol LDL. Peningkatan kolesterol dalam darah adalah disebabkan oleh cara pemakanan seharian kita.

 

Kebiasaannya, kolesterol hadir ketika seseorang itu mengambil makanan yang mengandungi lemak berlebihan.
 
Jenis-jenis Kolesterol
Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh kita antaranya ialah Kolesterol LDL dan HDL.
LDL ialah sejenis lebihan kolesterol dalam darah yang diendapkan pada dinding pembuluh darah membentuk bekuan yang dapat menyumbat pembuluh darah.
LHD pula ialah kolesterol yang berfungsi membersihkan pembuluh darah dari kolesterol LDL yang berlebihan. Lagi tinggi kolesterol HDL lagi baik untuk tubuh badan manusia.
 
Masalah kolesterol tinggi
Kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh manusia adalah tidak baik untuk kesihatan. Tingginya kolesterol dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah jantung yang akan menyebabkan serangan atau radangan jantung. Selain itu kolesterol yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah otak dan sekaligus boleh menyebabkan serang stroke terjadi.
 
Faktor Peningkatan Kolesterol dalam Darah
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah. Antara faktornya ialah :-
  • Faktor genetik - tubuh manusia menggunakan 80% lemak yang berada dalam tubuh kita. Ada sesetengah kes tubuh mereka menggunakan lebih banyak kolesterol dibandingkan dari yang lain.
  • Makanan - Lemak merupakan bahan makanan yang sangat penting. Jika tubuh tidak dapat lemak yang mencukupi, tenaga di dalam tubuh akan berkurangan. Dan jika sebaliknya ia akan menyebabkan kerosakkan pada pembuluh darah.
Lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.
  • Lemak tepu adalah lemak dari daging dan minyak kelapa
  • Lemak tidak tepu adalah lemak dari ikan, sayuran, minyak zaitun
 

 

Berapakah kadar kolesterol darah yang normal ?
o Kolesterol total < 200 mg/dl
o Kolesterol HDL 35 – 65 mg/dl
o Kolesterol LDL < 150 mg/dl
o Trigliserida < 200 mg/dl
o Ratio kolesterol total : kolesterol HDL < 5

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi

 
Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) Sebenarnya permasalah ini terlalu kompleks untuk di uraikan, tetapi faktor penyebabnya ialah tindakbalas tidak normal dalam salur darah menyebabkan tekanan meningkat dari kadar biasa. Peningkatan tekanan dari kadar normal akan menyebabkan kerosakan pada organ dan juga pemendapan plak kolestrol pada salur darah.
Bacaan Tekanan darah - Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Penghidap hipertensi kebiasaannya berasa sihat:- Hipertensi

Hipertensi selalunya tidak dapat menghasilkan apa-apa simptom kerana organ pada badan menolak tekanan darah tinggi untuk begitu lama. Oleh itu amatlah penting untuk selalu membuat pemeriksaan perubatan untuk memastikan tekanan darah anda tidak naik sehingga anda umur anda meningkat.
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut :
  • serangan jantung
  • angin ahmar
  • kegagalan jantung
  • kerosakan buah pinggang
Cara Hidup mempengaruhi hipertensi : - Hipertensi

Banyak punca menyumbang kepada tekanan darah tinggi jenis ini, termasuk faktor persekitaran seperti:
  • Sejarah keluarga yang menghidap tekanan darah tinggi.
  • Pemakanan tidak seimbang dan banyak garam (natrium).
  • Banyak minum minuman keras.
  • Gaya hidup tidak aktif dan kurang bergerak.
  • Kurang senaman.
  • Tekanan.
  • Merokok.
Kesan tekanan darah tinggi pada arteri akan menjadi teruk dengan:
* Menghisap rokok
* makanan berlemak tepu
* kolesterol darah yang tinggi
* Diabetes
Reaksi kepada beberapa jenis tekanan mungkin berkesan kepada kedua-dua tekanan darah dan berubah di dalam arteri.

Apa itu Gout?

Apa itu Gout?

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
  • Serangan akut (tiba-tiba).
  • Serangan kronik yang berpanjangan.
Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.
Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
 
Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
   
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
   
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

 
Makanan yang patut di elakkan ialah:-

  •  Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  •  Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  •  Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  •  Daging merah.
  •  Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).

APA ITU KENCING MANIS ?

Kencing manis atau diabetes mellitus adalah keadaan di mana didalam air kencing terkandung glukos (gula). Ini di sebabkan oleh glukos yang terkandung dalam darah tidak dapat dicernakan dan kemudian di keluarkan melalui air kencing. Ia berpunca daripada:-
  • kurangnya penghasilan insulin,
  • kurang keberkesanan insulin atau
  • kedua-duanya sekali.
Malaysia merupakan negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap penyakit kencing manis ini. Secara purata lebih daripada 800,000 penduduk Malaysia telah menghidap penyakit ini. Memandangkan Populasi penduduk Malaysia makin bertambah, jumlah ini di jangka akan bertambah dari setahun ke setahun.
 
KAJIAN SECARA KLINIKAL UNTUK KENCING MANIS
Kencing manis ini juga terbahagi kepada beberapa kategori, Antara kategori itu ialah:-:
Diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent)
  1. Di kenali sebagai kencing manis peringkat remaja kerana ianya di hidapi oleh golongan yang lebih muda antara 10-16 tahun.
  2. Biasanya penghidap tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes dan terjadi dengan begitu cepat.
  3. Pesakit juga akan mengalami tanda atau gejala yang serius.
Kita perlu menerima suntikan insulin dengan teratur bagi mengelak diri daripada maut sekiranya kita tidak mengambil suntikan insulin. Ini kerana penguraian sumber tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones. Ketones merupakan asid molekul yang boleh menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel berfungsi. Sel beta kelenjar pankreas merupakan satu-satunya sel yang menghasilkan insulin untuk proses penghadaman glukos kepada tenaga. Apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel ini maka penghidap boleh menemui maut.
Golongan yang berisiko mendapat kencing manis jenis ini ialah:
  • Serangan imunisasi sendiri
  • Genetik
  • Alam sekeliling.
Diabetes bebas insulin
  1. Di kenali sebagai kencing manis peringkat permulaan dewasa kerana ianya terjadi pada peringkat umur 35 tahun keatas.
  2. Biasanya penghidap mempunyai sejarah keluarga yang juga penghidap diabetes.
  3. Terjadi secara perlahan-lahan di sebabkan insulin yang di hasilkan oleh badan tidak mencukupi menyebabkan glukosa dalam darah meningkat.
Kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila sel kelenjar pankreas gagal menampung kadar insulin yang di perlukan oleh badan. Faktor-faktor lain ialah:-
  • usia lanjut,
  • gemuk,
  • terencat ketahanan glukos,
  • keturunan dan bangsa (genetik) dan kurang bersenam.
TANDA - TANDA AWAL DAN GEJALA
  • Kerap membuang air kecil
  • Sering dahaga/haus
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Berat badan menurun/ kurang selera makan
  • Penyembuhan luka yang sangat perlahan

Rawatan Alahan/Eczema


Alahan (ruam) eczema
Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu sama ada dalam beberapa minit ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. secara saintifiknya penyakit alahan eczema di panggil Atopic Dematitis, lazimnya dihidapi oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
Alahan biasa
Terdapat beberapa faktor penyebab alahan antaranya ialah:
  • Faktor persekitaran seperti perubahan suhu, asap dan habuk.
  • Pemakanan - antaranya makanan laut, bahan pengawet dan pewarna.
  • Gigitan atau sengatan serangga.
  • Ubat-ubatan
Tanda-Tanda dan gejala alahan yang biasa di hadapi antaranya :
  • Terdapat bintik-bintik dan kegatalan pada kulit.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kerap mengalami sakit kepala.
  • Bibir membengkak.
Tahukah anda, bayi yang baru dilahir yang terdedah kepada kucing mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi menghidapi eczema. Pada kebiasaannya penyakit ini boleh menyerang di mana-mana bahagian badan, tetapi biasanya ia mudah menyerang bahagian muka, leher, siku dan belakang lutut. Sekiranya penyakit ini berada dalam kategori kritikal ia boleh mengakibatkan kulit menjadi gatal, kasar dan bersisik sekali gus menjadikan kulit basah dan bernanah.
Untuk pertanyaan sila hubungi kami bagi mendapatkan maklumat rawatan terapi elektrostatik percuma:
Fahmi 017-3737 294

Apa itu Sakit Jantung - Sakit Jantung

Coronary Thrombosis - Sakit Jantung
Sains tentang Akupunktur adalah berkaitan dengan pencegahan dan rawatan penyakit.Ia dilakukan menggunakan jarum, moxibustion, tangan dan penekanan badan di tempat-tempat tertentu.Untuk seratus tahun lama ia diterima oleh masyarakat am untuk kesan penyembuhan.
 
Apa itu Sakit Jantung - Sakit Jantung
Jantung merupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung (coronary thrombosis). Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman. Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kalesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kalesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.
Jika anda menghidap diabetis jenis 1 atau jenis 2, pengaliran tenaga qi yang lemah pada bahagian organ dalam badan adalah disebabkan berat badan yang terlebih dan kurang senaman. Simptom yang berbeza pada coronary thrombosis, simptom yang biasa adalah : sakit yang secara tiba-tiba pada bahagian sternum (tulang payudara) atau pada bahagian hadapan dada di sebelah kiri tangan.kesan daripada radiasi kesakitan berkemungkinan akan menular ke lengan sebelah kiri. Kesakitan juga boleh radiasi ke arah tangan, rahang, telinga, perut dan lengan kanan. Ia akan menjerut dalam atau keliling tengkuk. Selepas itu akan terjadi masalah pernafasan yang teruk atau secara tiba-tiba. Selepas kesakitan, seseorang itu akan pengsan secara tiba-tiba atau pening yang teruk.
Petanda Bahaya  - Sakit Jantung
Apabila sakit dada yang teruk atau mana-mana simptom di atas terjadi secara tiba-tiba, ia kemungkinan adalah coronary thrombosis. Angina terjadi apabila anda kurang berusaha dan anda seharusnya berusaha secara fizikal untuk menjadikannya seperti biasa hari ke hari. Satu petanda bahaya yang penting adalah penyakit koronari arthrosklerosis menjadi teruk apabila berapa banyak usaha untuk merawat angina menjadi kurang. Perlu diingatkan angina akan terjadi apabila anda tidak berusaha langsung.